Penjagaan bulu Cau-cau

Baka cau-cau bergantu bulu dengan banyak pada musim bunga dan musim luruh, yang memerlukan lebih perhatian penjagaan bulu berbanding dengan musim lain. Ada kepentingan bahawa para pemilik patut menggunakan alat betul supaya tidak menyakitkan kulit dan memudahkan penjagaan bulu. Tiga jenis berus yang dapat digunakan oleh pemilik pada cau-cau mereka merupakan berus sederhana kasar untuk bahagian lebih besar pada tubuh, berus licin untuk kawasan-kawasan lebih kecil, dan berus pin untuk mengekalkan helaian bulu lebih panjang.[27][sumber tak boleh dipercayai?] Cau-cau diketahui mempunyai sama ada lapis bulu pendek dan licin atau lapis bulu lebih kasar dan lebih panjang. Kedua-duanya menghasilkan lapisan wul tebal semakin dekat dengan kulit. Ia patut diberus empat kali seminggu; walau bagaimanapun, musim ganti bulu mungkin memerlukan penjagaan bulu harian. Perapi semburan juga dapat membantu untuk mengelakkan keputusan dan koyakan kepada lapis bulu tebalnya. Akhir sekali, mandian bulanan diperlukan untuk mengelakkan pinjal dan mengekalkan kebersihan lapis bulu.

  • Seekor cau-cau dengan lapis bulu kemerah-merahan
  • Bulu cau-cau khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai.

Rujukan

WikiPedia: Cau-cau https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Non... https://www.animalspedia.org/chow-chow/ https://books.google.com/books?id=NiPQPLXJ2SgC http://www.akc.org/dog-breeds/chow-chow/care/ https://web.archive.org/web/20120328035256/http://... http://chowchowclub.co.za/breed-info/colours-coat.... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/205g05-e... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Chow_C... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC33841... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2012PNAS..109.88...